TERMS & CONDITIONS

Peraduan ini dianjurkan oleh Kao (Malaysia) Sdn. Bhd. (014023-V) di 20th Floor, Menara AmFirst, No. 1, Jalan 19/3, 46300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia (“Pihak Penganjur”).

  1. “Peraduan” ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia & warga asing berusia 18 tahun ke atas kecuali kakitangan dan ahli keluarga terdekat Pihak Penganjur, dan agensi pengiklanan, promosi, pengelola acara dan perhubungan awamnya.
  2. Tempoh peraduan ini bermula dari 1 Jun 2017 dan berakhir pada 30 Jun 2017. Semua penyertaan mesti diterima sebelum jam 2359 (waktu Malaysia) pada 30 Jun 2017. Penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup peraduan akan dibatalkan secara automatik. Pihak Penganjur berhak untuk meminda tempoh peraduan pada bila-bila masa sahaja jika diperlukan.
  3. Hanya penyertaan melalui SMS dan secara online dibenarkan. Setiap peserta perlu memastikan bahawa penyertaan Peraduan mereka adalah lengkap dan tepat. Penyertaan yang tidak lengkap atau lewat akan dibatalkan dan dianggap tidak sah untuk diterima.
  4. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan pembelian minimum produk Attack bernilai RM10 ke atas. Penyertaan melalui online atau SMS perlu mengisi nombor resit dan borang butiran serta menjawab satu (1) soalan peraduan. Sila simpan resit asal sebagai bukti pembelian. Setiap resit tertakluk kepada satu penyertaan sahaja.
  5. Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mereka, membatalkan sebarang penyertaan atau peserta jika mereka didapati menipu / menggodam / mengganggu gugat proses penghantaran penyertaan, perjalanan operasi peraduan atau melanggar mana-mana Terma & Syarat dalam Peraduan ini.
  6. Pihak Penganjur, sekutu-sekutu dan agensi yang terlibat dengan Peraduan ini tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan ke atas penyertaan-penyertaan yang hilang, rosak, lambat atau yang mengalami sebarang kesalahan teknikal.
  7. Jumlah wang tunai sebanyak RM18,000 untuk dimenangi sepanjang tempoh peraduan. Wang tunai merangkumi satu (1) Hadiah Utama berjumlah RM5,000; dua (2) Hadiah Pertama berjumlah RM2,500; tiga (3) Hadiah Kedua berjumlah RM1,000; empat (4) Hadiah Ketiga berjumlah RM500; and tiga puluh (30) Hadiah Saguhati berjumlah RM100. Setiap penyerta hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja.
  8. Wakil daripada Kao (Malaysia) Sdn. Bhd. akan membuat cabutan pemenang daripada sejumlah penyertaan yang layak melalui perisian komputer khusus, menggunakan sistem algoritma rawak.
  9. Pemenang-pemenang akan di umumkan di laman web di bawah;
  10. Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
  11. Pemenang Hadiah akan diberitahu melalui pos, email atau panggilan telefon sepanjang Tempoh Peraduan. Jika pemenang tidak dapat dihubungi selepas tiga kali percubaan selama tujuh (7) hari berturut-turut, Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang.
  12. Hadiah mesti dituntut oleh para pemenang sendiri kecuali dinyatakan sebaliknya oleh Penganjur. Bukti pengenalan dan resit asal bukti pembelian diperlukan untuk pengesahan. Wakil boleh membantu untuk menebus hadiah.
  13. Wakil atau para pemenang dikehendaki membawa:
    • Surat pemberitahuan.
    • Kad Pengenalan, Pasport dan / atau Permit Kerja (bagi pemenang bukan warganegara Malaysia). Salinan kad pengenalan pemenang wajib dibawa bersama wakil yang membantu menebus hadiah.
    • Resit asal (dengan nombor resit yang sah dan tarikh pembelian) bersama-sama.
  14. Hadiah mesti dituntut dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh pemberitahuan. Para pemenang bertanggungjawab untuk menuntut hadiahnya dan pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa pemberitahuan lain mengenai tarikh tamat koleksi hadiah. Hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh enam puluh (60) hari tersebut akan dibatalkan dan dianggap tidak sah oleh pihak Penganjur. Pihak Penganjur, agen dan / atau wakil-wakilnya tidak akan bertanggungjawab atas oleh pemenang dalam apa jua cara.
  15. Semua kos pengangkutan, penginapan, peribadi dan / atau kos, yuran dan / atau perbelanjaan berkaitan lain yang ditanggung untuk menuntut hadiah dan sebarang liabiliti cukai akibat penerimaan hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.
  16. Penerimaan hadiah bersamaan dengan pemberian kebenaran kepada Pihak Penganjur dan agensinya untuk menggunakan nama, penyertaan dan / atau gambar pemenang untuk tujuan aktiviti publisiti, pengiklanan dan / atau perdagangan tanpa sebarang notis dan / atau pampasan. Pemenang juga mungkin akan perlu menghadiri upacara penyampaian dan / atau menyertai program publisiti.
  17. Perlindungan Data Peribadi & Polisi Privasi – Pihak Penganjur berkemungkinan akan memindah beberapa maklumat peribadi (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, nombor telefon, nombor Kad Pengenalan) kepada pihak pembekal perkhidmatan bagi tujuan pentadbiran Peraduan dan untuk menghubungi Peserta. Sebarang maklumat Peserta yang berkaitan dengan Peraduan ini akan disimpan dengan selamat kecuali untuk tujuan aktiviti-aktiviti yang telah dinyatakan. Pihak Penganjur akan mengambil semua langkah berjaga bagi menjaga integriti dan mengelakkan dari berlakunya sebarang kerosakan atau kehilangan, kemusnahan atau kebinasaan Data Peribadi Peserta. Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Peserta mempunyai hak untuk mengakses, membuat pembetulan atau membatalkan persetujuan ke atas sebarang maklumat peribadi yang dipegang oleh Pihak Pengajur. Pihak Penganjur menghormati privasi individu dari segi data peribadi yang telah diberikan oleh Peserta bagi tujuan Peraduan ini.
  18. Dengan menyertai Peraduan ini dan dengan memberikan data peribadi anda, Kao (Malaysia) Sdn. Bhd. dianggap sudah menerima persetujuan daripada para Peserta untuk menggunakan data yang telah diterima bagi tujuan pemasaran dan promosi di masa sekarang dan akan datang.
  19. Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mereka, membatalkan sebarang penyertaan atau peserta jika mereka didapati menipu / menggodam / mengganggu gugat proses penghantaran penyertaan, perjalanan operasi peraduan atau melanggar mana-mana Terma & Syarat dalam Peraduan ini.
  20. Pihak Penganjur, anak syarikat serta sekutu-sekutunya, dan juga agensi dan syarikat yang terlibat dengan Peraduan ini menafikan sebarang atau semua liabiliti yang terbit daripada penganjuran Peraduan ini dan tidak akan bertanggungjawab atau dipertangungjawabkan ke atas sebarang kerugian (termasuk, tidak tertakluk, secara tidak langsung, khusus atau kerugian turutan atau keuntungan), perbelanjaan, kemusnahan, kecederaan diri atau kematian yang dideritai atau dialami (sama ada terjadi akibat daripada kecuaian Peserta tersebut) berpunca dari pembabitan Peserta dalam Peraduan, penebusan dan/atau penggunaan hadiah, kecuali ke atas sebarang liabiliti yang tidak boleh dikecualikan dari undang-undang (di mana liabiliti tersebut adalah terhad dan dibenarkan oleh undang-undang). Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta yang layak telah bersetuju untuk mempertahan, menanggung kerugian dan melepaskan Pihak Penganjur daripada sebarang saman, tuntutan, kerugian, kemusnahan dan perbelanjaan, termasuklah yuran guaman yang berpatutan dan mungkin akan terbit daripada atau berkait dengan Peraduan ini.
  21. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta akan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad dan mengikat. Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada peserta dan peserta adalah tertakluk kepada perubahan sedemikian.